Saturday, 29 July 2017

Spicy Korean Burger sedap ke?

Spicy Korean Burger sedap ke?


Assalamualaikum hai..hari ni hari sabtu..selamat berhari sabtu semua…berhari sabtu pon boleh hahaha.Sabtu mesti ada je plan kan,picnic dengan family la,jumpa kawan lama la,main bowling la *takde game lain ke nak disebut* dan macam macam lagi! Ada yang bekerja hari sabtu..Selamat bekerja ye.


Hari ni rasanya takda plan.Jadi nak plan keluar dengan kawan untuk cuba burger Mcd yang terbaru..ala yang selalu iklan why so drama tu..siap ada lakonan ala ala Kdrama gitu..and buat kita tertanya-tanya jugak kan..apela yang buat perempuan tu menangis dalam iklan tu *dah tau..alaa burger la tu!*


Okay…sekarang Mcdonald’s Malaysia ada keluaran burger terbaru..iaitu..Spicy Korean Burger..wah,menarik bukan? Okay jdi saya nak cuba.


Tadaa..1 set Spicy Korean Burger..Ada burger,air frozen,and chip in.Harga? Untuk combo set ni RM15.99.Ala carte pulak RM12.99.



Sebelum ni saya ingat dia punya tekstur macam ketang padahal sangkaan aku salah belaka.Tekstur dia macam keropok/kerepek.Bila dimakan..crunchy gittew.Bolehla makan dengan apa jua cara sekalipun.nak letak dalam burger ke buat cicah dengan sos ke pun boleh ye.Ikut selera korang la! Kalau saya nak makan cmtu jak sebab nak menghayati betul betul rasanya *cewah* ehh why not la kan hehe.


Dalam spicy korean burger tu ada apa? Dalam spicy korean burger ni ada sayur,cheese dan beef.Roti,hitam.Rasa roti? Rasa roti la,jangan risau nampak macam arang rasa tak macam arang pon ahahaha eh jangan gelak tau sebab kawan saya ada je yang tak nak makan burger ni sebab warna roti tu hitam. Tak ada feel burger tu katanya.tak cuba tak tau kan dah cuba pasti mahu.


Sedap ke Spicy Korean Burger ni? Rasa dia sedap.pedas..ye memang pedas….macam letak cili je dalam beef tu..tapi sedap la,sesuai untuk orang yang mengemari makanan pedas pedas ni…kalau yang jenis tak tahan pedas tu..baik jangan order burger ni lah ye ,ambik la double cheese burger ke apa ke… ni jangan.sebab pedas…serious pedas *ke aku yang tak tahan pedas ni hoho* okay kalau jenis tak tahan pedas tapi nak jgak makan camne? Air ambik dua.masalah selesai..sebab masa makan ni serious air satu tu tak cukup! Suruh kawan pergi bawah order lagi satu air frozen wakaka menyusahkan betul la.


Okay..kalau belum cuba tu bolehla pergi serang mcd yang berdekatan.Rasa sendiri…kalau korang tak rasa seperti apa yang saya share ni sorry lah ye..nak kongsi je apa yang saya rasa hehe! Hah! Yang dah cuba tu share-share la kat comment apa pendapat korang pasal burger keluaran terbaru Mcd Malaysia ni! Hehe! Okay jumpa lagi next entry.Bai


Saturday, 22 July 2017

Ambuyat / Linut Sedapp!

Ambuyat/Linut Sedapp!

Hai semua! Selamat Hari Sarawak! 22 Julai 2017 Kamek Sayang Sarawak!!.
So hari ni nak cerita sedikit tentang makanan yang famous di Sarawak.Pernah dengar tak makanan bernama Ambuyat atau lebih dikenali sebagai Linut? Orang Brunei,Sarawak dan Sabah tipulah tak kenal makanan ni.Makanan ni popular kat Negara Brunei,Sarawak dan Sabah.Ambuyat atau linut diperbuat daripada tepung sagu..


Biasanya,ambuyat atau linut dimakan bersama sambal belacan.Ada sesetengah orang preferred untuk dimakan bersama tempoyak dan sebagainya.Saya pulak lebih suka ambuyat atau linut digandingkan dengan sambal asam! Memang sedap uolls!



Tadaa! Inilah cara saya makan ambuyat/linut.Bagi saya ianya lebih sedap dimakan bersama sambal asam ni sebab rasa masam dan pedas bergabung uish sedapnya! Cara untuk membuatnya pun senang je tau! Tak susah pon.Air panas + tepung sagu je gaisss..kacang bukan? Tapi dalam kacang-kacang tu masa tuang air panas ke tepung sagu tu kena kacau dengan betul kalau tak….akibatnya tepung sagu tu ada yang beketul.



Inilah sambal asam.nak buat senang je..semudah ABC tau! Bahan-bahan,belacan,ikan bilis,asam,garam,cili dan gula.”Nang ngesitt” kata orang Sarawak.



Nampak tak kat ambuyat/linut tu mcm ada ketulan biji putih..tu tepung sagu yang tak dikacau dengan betul..Huhu maafkan saya ye..baru reti nak buat..before this,Mak saya yang selalu tolong buatkan uhuks!


Bagi uolls yang belum pernah merasa linut atau ambuyat ni..tunggu apa lagi? Cubalah ye...Nang nyaman.... Kbai


Friday, 21 July 2017

Madu Kelulut

Madu Kelulut


Assalamualaikum,hai semua…hari ni nak buat entry tentang madu kelulut.Apakah itu lebah kelulut? Lebah kelulut adalah sejenis serangga seperti lebah lain yang menghasilkan madu tetapi berbeza saiz.Kelulut tidak mempunyai penyengat seperti lebah lain,saiznya juga agak kecil berbanding lebah yang lain.Saiz kelulut sebesar lalat.Madu yang dihasilkan kelulut rasa sedikit masam jika dibandingkan dengan rasa madu lebah yang lain.Rasa madu kelulut masam-masam manis.

Madu kelulut memiliki banyak khasiat dan lebih banyak kebaikannya jika dibezakan dengan madu lebah yang lain.Madu kelulut mengandungi

Kebiasaanya lebah-lebah membina sarang mereka di dahan pokok,tetapi lebah kelulut membina sarang di dalam tunggul kayu ataupun di dahan pokok.


Ni adalah blok kayu yang dibeli daripada peternak lebah kelulut.Harganya agak tinggi memandangkan kayu jenis ini agak sukar untuk didapati dan kualitinya yang bagus.


Ni adalah saluran untuk lebah kelulut masuk ke sarangnya.


Ini pula adalah pintu masuk kelulut pada kayu blok yang lain.


Ini adalah rupa setelah blok dibuka penutupnya.Banyak lebah kelulut sedang meletakkan madu madu nya ke dalam sarang.Fungsi plastik yang menutupi ini adalah supaya serangga atau musuh-musuh tidak memasuki ke dalam sarang.


Ini pula adalah rupa sarang kelulut setelah plastik untuk menghadang dibuka..Seperti di dalam gambar…lebah kelulut membina tempayan lilin yang bentuknya seakan telur untuk meletakkan madu mereka di dalam lubang tersebut.



Rupa dan tekstur madu kelulut asli.Kelulut juga ada banyak jenis.Ada sesetengah jenis kelulut menghasilkan madu yang jernih.Untuk gambar di atas ni,warna agak sedikit gelap.


Selesai menyedut madu dari sarang kelulut.madu ni...akan disimpan ke dalam botol.Supaya mudah untuk digunakan.Oh ya,jangan lupa..kalau nak makan madu makan pakai sudu plastik atau kayu ye.Kerana, kayu dan plastik merupakan penghalang dan sangat lemah dalam mengalirkan cas electron.Madu kaya dengan mineral dan zat vitamin yang banyak dan mengandungi cas electron  atau tenaga.Jadi,jika kita menggunakan sudu besi untuk mengambil madu,sebahagian tenaga hasil madu tersebut akan mengalir ke dalam sudu besi tersebut.



Ini adalah bunga yang dikenali di kalangan penternak lebah kelulut.Bunga ini digelar “bunga pengantin” atau “bunga kismis” .Pada bunga inilah lebah kelulut sentiasa berkeliaran untuk mengambil madu pada setiap pagi.


Penampakan lebah kelulut yang berkeliaran untuk mengambil madu.Biasanya,lebah kelulut akan berkeliaran pada waktu pagi dan mula berkurangan pada waktu petang.Untuk pengetahuan anda semua..lebah kelulut tertarik dengan warna hitam..



Antara kebaikan madu kelulut:

-Untuk menyembuhkan batuk
-Memperkuatkan ingatan
-Menaikkan seri wajah
-Melembabkan kulit
-Mencerdaskan minda dan mencergaskan otak
-Mengurangkan risiko darah tinggi
-Menyembuhkan luka
-Menyelesaikan masalah sembelit


Banyak kebaikan madu kelulut yang tidak diketahui..Selain kebaikannya yang banyak, madu kelulut juga sedap dengan rasanya yang masam masam manis..Saya harap dengan perkongsian saya tentang madu kelulut ini akan menarik minat anda semua untuk mencuba madu kelulut bahkan untuk menternak madu kelulut sendiri...untuk yang minat berbisnes tu boleh lah cuba jual madu kelulut.Okay jumpa lagi next entry.











Thursday, 20 July 2017

Kebaikan Aloe Vera

Kebaikan Aloe Vera/Lidah Buaya

Assalamualaikum, Hai semua..hari ni nak cerita tentang kebaikan..pokok Aloe Vera atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Buaya..Bila baca di surat khabar,media sosial dan tengok video-video di Youtube..banyak juga sebenarnya kebaikan pokok Aloe Vera ni..Kebanyakan video-video di youtube saya tengok diaorang pakai gel aloe vera untuk kecantikan muka..perawatan kulit dan sebagainya.Tetapi tak semua orang sama ye..sebab ada sesetengah orang tak kena pakai ni..saya pernah membaca kat satu page kecantikan ni..dia cuba aloe vera di pergelangan tangan dia tiba tiba gatal-gatal dan macam burn.Jadi hati hati lah ye...



Tadaaa! Inilah  pokok Aloe Vera/Lidah Buaya..kalau tak betul penjagaan dia boleh mati tau..Jadi,sesiapa yang ada tanam pokok ni jaga baik baik tau,jangan suka hati je potong dia punya batang tu…kerana satu batang salah potong.mati satu pokok tu...*pernah terjadi kat saya sendiri* :D 




Ni pulak dia dah beranak banyak-banyak hehe sampai tak cukup tau satu pasu tu..Yang kecik-kecik tu akan membesar..jadi apa tunggu lagi kena alih ke satu pasu baru lagi la jawabnya




Inilah rupa batang pokok aloe vera setelah dipotong.Nampak tak yang lendir-lendir pada batang pokok tu? haa itulah gel aloe vera yang banyak kegunaan dalam kehidupan seharian manusia.




Inilah rupa jel aloe vera/lidah buaya setelah ditarik pakai sudu..lepas saya habis letakkan semua gel tu ke dalam bekas,saya letakkan ke dalam peti sejuk supaya nanti nak pakai rasa sejuk,nyaman dan selesa je ewah.



Banyak tau kebaikan pokok ni sebab tu pokok ini org putih cakap "a miracle plant".Antara kebaikan-kebaikan pokok aloe vera/lidah buaya adalah:



1.Membuatkan muka segar dan anti penuaan.
Setiap pagi,jadikan rutin untuk sapukan gel aloe vera di muka.Gel aloe vera akan membuatkan muka kita terasa segar fresh gitu.

2.Mengurangkan dan menghampuskan jerawat & parut jerawat.
Ada jerawat kat muka? jangan risau..sapukan je gel aloe vera ni kat muka sebelum tidur...kalau nak nampak keberkesanannya..rajin rajin lah ye buat hari hari..jangan buat sekali je dan expect esok terus hilang ehh jangann huhu

3.Menghapuskan whitehead dan blackhead .
Hidung memang tak jauh dari whitehead dan blackhead kan..geram rasa nak pakai magnet je untuk tarik semua tu *kalau la dapat*...Sapukan jel aloe vera di hidung dan tunggu 15 minit lepas tu basuh dengan air..lepas tu memang rasa whitehead dan blackhead berkurangan.

4.Merawat kulit sunburn.
sunburn memang sakit & pedih kan kadang-kadang..kalau yang bertudung tu buka je tudung haa dah macam tikar berbelang..Sapu jel aloe vera ni kat muka..Letakkan gel aloe vera dalam peti sejuk nanti nak sapu kat muka best..muka rasa sejuk je..buat selalu InsyaAllah sunburn reda..

5.Penyubur dan mencegah rambut rosak.
Gel aloe vera ni jugak mengandungi banyak vitamin kecuali vitamin D.Untuk memiliki rambut yang berkilau,cantik dan tebal,sapukan gel aloe vera ini di rambut selepas membasahkan rambut guna air..biarkan beberapa minit dan bilas.

6.Sebagai minuman 
Selain faedahnya yang sering digunakan pada kulit,gel dia tu boleh dijadikan sebagai bits dalam minuman.Kebaikan minum air yang mengandungi gel aloe vera ni boleh menyingkirkan kotoran di dalam usus kita..Apabila usus bersih,tiada lagi masalah membuang air besar.


Okay uollss..saya harap dengan apa yang saya kongsikan tentang pokok aloe vera/lidah buaya ini dapat memberi faedah kepada pembaca blog saya sekarang ni..sharing is caring ye dokk hahaha okay babai.



Wednesday, 19 July 2017

Colouring Box Contest by Pizza Hut Malaysia.

Colouring Box Contest by Pizza Hut Malaysia.

Assalamualaikum hai semua!…siapa suka makan pizza? angkat tangan! Siapa la yang tak suka makan pizza tu rugi betul la..Favourite all the time tau!..Sekarang ni pizza buat promosi.. personal pan RM5,regular pan RM10 dan large pan RM15 syiokk nyee! Tapi take away je tau…Kalau saya la kan..lebih suka beli RM10 sebab apa? RM10 dpt ambik tiga pizza regular..jadi,boleh la ambik lain lain jenis untuk rasa kan..berbaloi RM30



Ni regular pan Cheese deluxe, memang sedap kalau panas panas tarik… dia punya cheese tu bertali-tali untuk peminat cheese macam saya ni,cheese deluxe are recommended nyumnyum!

Ni pulak regular pan Hawaiian Chicken..ni pun apa kurangnya sedap, I like it! Tapi..tak semua taste kita sama..ada yang suka nenas atas pizza ada yang tak..jadi,kalau yang jenis tak suka ada nenas atas pizza tu ini bukanlah disyorkan untuk anda hehe..

Dah makan tu jangan buang tau kotak pizza tu.Sebab,Pizza Hut ada buat contest iaitu Pizza Hut Colouring Contest.




Ni la haa,Pizza Hut colouring box contest..best tau colour colour ni..Baru ja hari tu saya puji kotak pizza tu cantik smpai sayang nak buang haa sekali tengok hari ni diaorang buat contest ni pulak..memang saya nak join  la hehehe.10 pemenang akan dipilih ye..




Ni kotak regular pan pizza..kalau pesonal pan pizza..dia punya kotak kecik dari yang regular ni..manakala large pan pizza,kotak dia sedikit besar..



Start sikit-sikit mewarna with my sistaaa..penat pulak rasa tangan banyak corak yang nak diwarna hehe..Untuk makluman anda semua..contest ni open untuk 18 tahun ke atas jadi jangan malu jangan segan lah ye akak akak dan abang abang yang terasa hati nak join tu..untuk 18 tahun ke bawah plak tak bermaksud adik adik tak boleh join..boleh,tapi dengan kebenaran ibu bapa ye :)






Tadaa! dah siap..nampak mudah je kan fuh fuhh tapiii ambik masa gak tau nak siapkan tu..Saya harap nasib menyebelahi saya kali ini untuk menang contest ni.kalau tak menang pun takpe..seronok apa colour colour ni..orang kata terapi minda..Korang tak rasa ke nak join? Saya sudah anda bila lagi? hehe good luck semua :D 

Diploma Kejururawatan Sem 1

Diploma Kejururawatan Sem 1

Hello gais! Lama nya tak blogging! Saya Tengah semester break skrang baru ada masa nak blogging balik! Haha okok…Hello Adik adik lepasan SPM! Sekarang ni dah musim masuk belajar kan..masih keliru dan celaru ke tu nak ambik course apa? Hehe okay sini sya nak share sikit *banyak sebenarnya* pasal course yang saya amik kat UITM kampus 1 Samarahan Sarawak.Mana la tau kan lepas adik adik baca entry ni tertarik plak nak ambik diploma kejururawatan hehe…

Sebenarnya dulu Dip Pentadbiran Awam adalah pilihan pertama sya tpi nasib tak menyebelahi sya untuk berada dalam jurusan tersebut.Dapat pulak course kejururawatan ni...mula mula tu mak aih terfikir plak kenapa plak sye dalam jurusan ni..

TBH la kan,tak minat langsung pun nursing sob sob sob…tapi org kata tak cuba tak tahu dah cuba pasti mau *eh eh apa yang aku kelentong ni!* yelah kan seorang budak yang berbekalkan minat art yang mendalam tiba tba plak end up kat course ni..tapi kan..awal sem lecturer ada cakap “nursing is about art and science” tba tba aku terfikir plak..why not give a try kan? Mana tau aku ditakdirkan untuk jadi nurse ewah ewah okay dah takmo merepek makan kerepek ni.ok start now


Mula mula masuk kelas hari tu kan..first lecture memang blurr kat subject “Anatomy & Physiology” subject ni tentang tubuh badan manusia dan fungsinya,jangan plak fikir macam telinga-untuk mendengar,mata-untuk melihat bukan dik oii ianya memang berkaitan tetapi lebih mendalam. Anatomy maksudnya body structures dan apa sahaja yang berkaitan secara science manakala physiology plak maksudnya fungsi body iaitu macam mana anggota badan berfungsi secara science.First masuk kelas and belajar subject ni memang la kan tak lari dari blurr kalau rajin ulangkaji insyaAllah faham :)

Ni adalah cover buku Anatomy & Physiology.Tebal dan berat..kalau dibandingkan dengan zaman sekolah…cikgu suruh bawa buku teks,apalah sangat buku teks yang tak berapa nak tebal berbanding dengan buku A&P ni.lebih ringan rasanya kot buku teks sekolah huhuhu



Ni la haa anatomy& physiology.Belajar pasal tubuh badan manusia dari rambut sehingga kaki.dengan lebih mendalam.Nampak mudah tapi huhuhu tak semudah yang di sangka..digelar sebagai Killer Subject wakaka....Tapi tak mustahil kalau rajin mengulang kaji dan bertanya dan selalu buat latihan.


Course ini ada praktikal ye.Yelah..sebelum nak jadi nurse yang betul betul kena la latih dulu ,tak la pesakit nanti was was dengan kita..
Untuk pengetahuan uollss, praktikal memang ada setiap semester walaupun baru ja semester 1.Kat sini,tempat untuk praktikal ada dua.Nanti kalau dah sem atasan lagi akan ada lagi tempat praktikal contohnya hospital untuk org yang mempunyai masalah mental.Sekarang ni,tempat praktikal kitaorg satu kat Hospital Umum sarawak dan satu lagi kat Hospital Serian..

Malam nak praktikal tu memang bercampur je perasaan nau! Happy,takut semua ada…Yelah kan,maklumla ilmu di dada ni belom nak berapa mahir dan belum pernah merasa seolah bekerja di dalam ward..macam mana agak nya pesakit? apa nak dibuat awal pagi tu? akak nurse sana garang ke? memang banyak fikiran yang bermain kat kepala time tu huhu..malam tu saya yang shy shy cat ni jadi berani sangat bertanya dengan akak akak senior.Mujurlah akak akak senior baik hati sangat share pengalaman and tunjuk ajar diorang kat saya..kurang sikit la perasaan yang tadinya takut dan berdebar apa smua tu.

Okay nak cerita sikit pengalaman saya first day praktikal sem 1.First day nyaris kena tinggal dengan bas.Bas bertolak pukul 5:55 cmtu dan sya dengan kawan plak berfoya foya ingatkan bas bertolak lambat.Fuhhh syukur sangat sempat kalau tak.. ambik hang pakai teksi dari kampus ke hospital,jaoh kot! Duit pun fly away..dalam pukul 6:45 mcm tu dah tiba di hospital..First ward yang sya dpt dengan rakan seperjuangan adalah FRTU ward iaitu Female Radiotherapy Unit.Kitaorang banyak tau so kena bahagi satu kumpulan kat hospital kat Kuching dan satu kumpulan lagi kat hospital di Serian.

Okay,bila dah tiba kat FRTU ward tu,kedatangan kami disambut dengan clinical instructor kami.Dia menerangkan kepada kami selok belok dalam FRTU ward tu..kat mana linen room,tandas,pantry apa smua tu.Pagi tu kitaorang buat bed making,kemas kemas katil pesakit lepastu buat vital sign..iaitu check suhu,tekanan darah,pulse rate dan breathing rate,lepas tu tulis kat rekod.Untuk check tekanan darah tu,kitaorang bukan pakai yang elektronik punya tau..sebab kami dilatih pakai yang manual punya supaya mahir pakai benda tu.Nama alat tu adalah desk mercury sphygmomanometer.


Ni gambar sphygmomanometer.Atau nama full nya Desk Mercury Sphygmomanometer.Gambar ni masa bawa balik ni kat asrama untuk practice dengan kawan kawan.Pinjam dari lab dengan kebenaran lah ye.

Masa first day check tekanan darah kat pesakit,tangan saya bergegar sebab nervous sangat..yelah kan first time buat kat pesakit yang betul betul pesakit..sebelum ni selalu buat kat kawan je kat lab dengan tunjuk ajar lecturer..
Pukul 12 tengahari kita org lunch break kat staff pantry.Part makan ni kena bergilir gilir la jumlah kita org ramai rasanya penuh la pantry tu kalau smua masuk serentak...Dah habis makan apa semua sambung balik buat vital sign apa smua.Pukul 4 kami balik..bas dh tunggu kat belakang...dalam bas sempat lagi ambik masa untuk tidur sementara tunggu bas untuk smpai ke kolej..wuish penat! tapi seronok dapat pengalaman baru..Hari pertama praktikal memang tak banyak dapat target sebab tengah menyesuaikan diri di hospital gittuu heheheh....Dah tiba kolej sye rehat..malam tu roommate banyak tanya macam mna pengalaman first day tu..seronok ke? tak takut ke? bertalu talu pertanyaan macam peluru dah..


Kehadiran praktikal teramatlah penting..mesti wajib 100%...kalau sehari tk datang wajibb ganti!.



Sem 1 ni belum expose lagi dengan banyak benda seperti yang korang fikir sebagai seorang nurse ada cucuk cucuk jarum kat org ni..belum lagi tau tu target untuk sem 2 nanti.Sem satu ni target adalah seperti buat vital sign *ok ni selalu buat tau ,untuk tahu perkembangan pesakit* bed making,bed bath,oral care dan macam macam lagi yang basic….

Ni adalah barang yang mesti ada sebagai student nursing ni..Masa sem 1 ni memang la kan brg sikit..nanti dah naik sem akan datang maka bertambah lah barang..contoh nya pen torch.Dalam gambar kat atas ni ada stethoscope,ruler,hanging fob (jam kcik tu),pocket calculator,thermometer dan name tag.



Buku-buku kat atas ni pun wajib ada.Target book,learning diary,note book size poket dan kamus jururawat.Target book dan learning diary tu balut dan buat sendiri ye.Untuk apa buku buku ni? Target book untuk isi target yang dah dibuat..dalam buku tu isi nama patient,nombor katil dan tarikh register pesakit..sebab buat mcm ni.,supaya ada bukti yang target dah dibuat dan untuk memudahkan clinical instructor kami untuk tanda tangan di buku tersebut sebagai saksi bahawa target tu sudah dibuat.

Learning diary pulak untuk tulis apa yang kita sudah pelajari pada hari hari praktikal tersebut.
Note book size poket ni pulak untuk mencatat benda penting..kecik supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam poket uniform.Oh ya! kita ada uniform kita sendiri tau.



Ni gambar masa mula mula dapat uniform.Excited nau nak pakai first time tu...Uniform ni bukan shaja dipakai semasa praktikal,kat uitm ,pada setiap hari selasa,bagi kami adalah grooming day.Untuk course kami mesti pakai uniform ni lengkap.Lengkap bermaksud tudung putih,name tag,kad pelajar (wajib  smua pelajar) dan kasut putih.Tak complete denda tau..contohnya tudung tak diletakkan dlam baju denda RM5.Duit denda tu diletakkan dalam tabung NUSAS.NUSAS adalah Nursing Student Association of Sarawak.



Inilah buku learning diary dan buku target saya.Cover buku print dan balut sendiri ye..sebab apa kena balut ni? buku ni nanti dibawa ke sana sini untuk clinical instructor check dan tanda tangan..untuk mengelakkan buku tersebut menjadi belacan..lebih baik dibalut.Cover buku yang warna warni gitu sya print sendiri..berminat nak buat jgak? hehe nanti ye sye ajar next post InsyaAllah. 




Okay ni pulak adalah bekas ubat ubat yang saya kutip sebagai sample untuk saya belajar.Akak nurse tempat praktikal saya cakap..kalau rajin buat research pasal ubat ubatan ni semakin banyak jenis ubat yang kita ketahui.Jadi,setiap kali akak akak nurse yang nak buang botol ubat yang dah digunakan tu saya akan kutip huhuhu yelah kan untuk kumpul pengetahuan.Sebelum tu,minta kebenaran dulu lah ye jangan main ambik je dan bawa balik.Kalau jumpa kotak ubat dah kosong lagi best,sebab apa? Nak kumpul kertas yang ada tulis contraindication,precaution apa semua tu..bonus tambahan untuk dibaca.


Secara jujurnya uolls....saya memang tak berminat tau dengan course yang saya ambik ni ..alaa tu awal awal sem la sebelum mendalami ilmu nursing ni..tapi bila saya kaji ilmu nursing ni jatuh hati pulak dalam dunia nursing huhuhu ..dan masa praktikal rasa happy ja sebab apa? Sebab dapat bantu org yang sakit, niat mestilah ikhlas itu yang penting.


Okay semua saya harap dengan pengalaman saya semasa sem 1 yang saya kongsi ini dapat memberi semangat kepada adik adik,akak,abang dan semuanya untuk menceburi dunia jururawat.
Doakan saya berjaya menjadi seorang akak misi yang berjaya ye gais *amboi*.Good luck kepada adik adik yang bakal menempuhi alam pembelajaran yang baru.