Wednesday, 19 July 2017

Diploma Kejururawatan Sem 1

Diploma Kejururawatan Sem 1

Hello gais! Lama nya tak blogging! Saya Tengah semester break skrang baru ada masa nak blogging balik! Haha okok…Hello Adik adik lepasan SPM! Sekarang ni dah musim masuk belajar kan..masih keliru dan celaru ke tu nak ambik course apa? Hehe okay sini sya nak share sikit *banyak sebenarnya* pasal course yang saya amik kat UITM kampus 1 Samarahan Sarawak.Mana la tau kan lepas adik adik baca entry ni tertarik plak nak ambik diploma kejururawatan hehe…

Sebenarnya dulu Dip Pentadbiran Awam adalah pilihan pertama sya tpi nasib tak menyebelahi sya untuk berada dalam jurusan tersebut.Dapat pulak course kejururawatan ni...mula mula tu mak aih terfikir plak kenapa plak sye dalam jurusan ni..

TBH la kan,tak minat langsung pun nursing sob sob sob…tapi org kata tak cuba tak tahu dah cuba pasti mau *eh eh apa yang aku kelentong ni!* yelah kan seorang budak yang berbekalkan minat art yang mendalam tiba tba plak end up kat course ni..tapi kan..awal sem lecturer ada cakap “nursing is about art and science” tba tba aku terfikir plak..why not give a try kan? Mana tau aku ditakdirkan untuk jadi nurse ewah ewah okay dah takmo merepek makan kerepek ni.ok start now


Mula mula masuk kelas hari tu kan..first lecture memang blurr kat subject “Anatomy & Physiology” subject ni tentang tubuh badan manusia dan fungsinya,jangan plak fikir macam telinga-untuk mendengar,mata-untuk melihat bukan dik oii ianya memang berkaitan tetapi lebih mendalam. Anatomy maksudnya body structures dan apa sahaja yang berkaitan secara science manakala physiology plak maksudnya fungsi body iaitu macam mana anggota badan berfungsi secara science.First masuk kelas and belajar subject ni memang la kan tak lari dari blurr kalau rajin ulangkaji insyaAllah faham :)

Ni adalah cover buku Anatomy & Physiology.Tebal dan berat..kalau dibandingkan dengan zaman sekolah…cikgu suruh bawa buku teks,apalah sangat buku teks yang tak berapa nak tebal berbanding dengan buku A&P ni.lebih ringan rasanya kot buku teks sekolah huhuhu



Ni la haa anatomy& physiology.Belajar pasal tubuh badan manusia dari rambut sehingga kaki.dengan lebih mendalam.Nampak mudah tapi huhuhu tak semudah yang di sangka..digelar sebagai Killer Subject wakaka....Tapi tak mustahil kalau rajin mengulang kaji dan bertanya dan selalu buat latihan.


Course ini ada praktikal ye.Yelah..sebelum nak jadi nurse yang betul betul kena la latih dulu ,tak la pesakit nanti was was dengan kita..
Untuk pengetahuan uollss, praktikal memang ada setiap semester walaupun baru ja semester 1.Kat sini,tempat untuk praktikal ada dua.Nanti kalau dah sem atasan lagi akan ada lagi tempat praktikal contohnya hospital untuk org yang mempunyai masalah mental.Sekarang ni,tempat praktikal kitaorg satu kat Hospital Umum sarawak dan satu lagi kat Hospital Serian..

Malam nak praktikal tu memang bercampur je perasaan nau! Happy,takut semua ada…Yelah kan,maklumla ilmu di dada ni belom nak berapa mahir dan belum pernah merasa seolah bekerja di dalam ward..macam mana agak nya pesakit? apa nak dibuat awal pagi tu? akak nurse sana garang ke? memang banyak fikiran yang bermain kat kepala time tu huhu..malam tu saya yang shy shy cat ni jadi berani sangat bertanya dengan akak akak senior.Mujurlah akak akak senior baik hati sangat share pengalaman and tunjuk ajar diorang kat saya..kurang sikit la perasaan yang tadinya takut dan berdebar apa smua tu.

Okay nak cerita sikit pengalaman saya first day praktikal sem 1.First day nyaris kena tinggal dengan bas.Bas bertolak pukul 5:55 cmtu dan sya dengan kawan plak berfoya foya ingatkan bas bertolak lambat.Fuhhh syukur sangat sempat kalau tak.. ambik hang pakai teksi dari kampus ke hospital,jaoh kot! Duit pun fly away..dalam pukul 6:45 mcm tu dah tiba di hospital..First ward yang sya dpt dengan rakan seperjuangan adalah FRTU ward iaitu Female Radiotherapy Unit.Kitaorang banyak tau so kena bahagi satu kumpulan kat hospital kat Kuching dan satu kumpulan lagi kat hospital di Serian.

Okay,bila dah tiba kat FRTU ward tu,kedatangan kami disambut dengan clinical instructor kami.Dia menerangkan kepada kami selok belok dalam FRTU ward tu..kat mana linen room,tandas,pantry apa smua tu.Pagi tu kitaorang buat bed making,kemas kemas katil pesakit lepastu buat vital sign..iaitu check suhu,tekanan darah,pulse rate dan breathing rate,lepas tu tulis kat rekod.Untuk check tekanan darah tu,kitaorang bukan pakai yang elektronik punya tau..sebab kami dilatih pakai yang manual punya supaya mahir pakai benda tu.Nama alat tu adalah desk mercury sphygmomanometer.


Ni gambar sphygmomanometer.Atau nama full nya Desk Mercury Sphygmomanometer.Gambar ni masa bawa balik ni kat asrama untuk practice dengan kawan kawan.Pinjam dari lab dengan kebenaran lah ye.

Masa first day check tekanan darah kat pesakit,tangan saya bergegar sebab nervous sangat..yelah kan first time buat kat pesakit yang betul betul pesakit..sebelum ni selalu buat kat kawan je kat lab dengan tunjuk ajar lecturer..
Pukul 12 tengahari kita org lunch break kat staff pantry.Part makan ni kena bergilir gilir la jumlah kita org ramai rasanya penuh la pantry tu kalau smua masuk serentak...Dah habis makan apa semua sambung balik buat vital sign apa smua.Pukul 4 kami balik..bas dh tunggu kat belakang...dalam bas sempat lagi ambik masa untuk tidur sementara tunggu bas untuk smpai ke kolej..wuish penat! tapi seronok dapat pengalaman baru..Hari pertama praktikal memang tak banyak dapat target sebab tengah menyesuaikan diri di hospital gittuu heheheh....Dah tiba kolej sye rehat..malam tu roommate banyak tanya macam mna pengalaman first day tu..seronok ke? tak takut ke? bertalu talu pertanyaan macam peluru dah..


Kehadiran praktikal teramatlah penting..mesti wajib 100%...kalau sehari tk datang wajibb ganti!.



Sem 1 ni belum expose lagi dengan banyak benda seperti yang korang fikir sebagai seorang nurse ada cucuk cucuk jarum kat org ni..belum lagi tau tu target untuk sem 2 nanti.Sem satu ni target adalah seperti buat vital sign *ok ni selalu buat tau ,untuk tahu perkembangan pesakit* bed making,bed bath,oral care dan macam macam lagi yang basic….

Ni adalah barang yang mesti ada sebagai student nursing ni..Masa sem 1 ni memang la kan brg sikit..nanti dah naik sem akan datang maka bertambah lah barang..contoh nya pen torch.Dalam gambar kat atas ni ada stethoscope,ruler,hanging fob (jam kcik tu),pocket calculator,thermometer dan name tag.



Buku-buku kat atas ni pun wajib ada.Target book,learning diary,note book size poket dan kamus jururawat.Target book dan learning diary tu balut dan buat sendiri ye.Untuk apa buku buku ni? Target book untuk isi target yang dah dibuat..dalam buku tu isi nama patient,nombor katil dan tarikh register pesakit..sebab buat mcm ni.,supaya ada bukti yang target dah dibuat dan untuk memudahkan clinical instructor kami untuk tanda tangan di buku tersebut sebagai saksi bahawa target tu sudah dibuat.

Learning diary pulak untuk tulis apa yang kita sudah pelajari pada hari hari praktikal tersebut.
Note book size poket ni pulak untuk mencatat benda penting..kecik supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam poket uniform.Oh ya! kita ada uniform kita sendiri tau.



Ni gambar masa mula mula dapat uniform.Excited nau nak pakai first time tu...Uniform ni bukan shaja dipakai semasa praktikal,kat uitm ,pada setiap hari selasa,bagi kami adalah grooming day.Untuk course kami mesti pakai uniform ni lengkap.Lengkap bermaksud tudung putih,name tag,kad pelajar (wajib  smua pelajar) dan kasut putih.Tak complete denda tau..contohnya tudung tak diletakkan dlam baju denda RM5.Duit denda tu diletakkan dalam tabung NUSAS.NUSAS adalah Nursing Student Association of Sarawak.



Inilah buku learning diary dan buku target saya.Cover buku print dan balut sendiri ye..sebab apa kena balut ni? buku ni nanti dibawa ke sana sini untuk clinical instructor check dan tanda tangan..untuk mengelakkan buku tersebut menjadi belacan..lebih baik dibalut.Cover buku yang warna warni gitu sya print sendiri..berminat nak buat jgak? hehe nanti ye sye ajar next post InsyaAllah. 




Okay ni pulak adalah bekas ubat ubat yang saya kutip sebagai sample untuk saya belajar.Akak nurse tempat praktikal saya cakap..kalau rajin buat research pasal ubat ubatan ni semakin banyak jenis ubat yang kita ketahui.Jadi,setiap kali akak akak nurse yang nak buang botol ubat yang dah digunakan tu saya akan kutip huhuhu yelah kan untuk kumpul pengetahuan.Sebelum tu,minta kebenaran dulu lah ye jangan main ambik je dan bawa balik.Kalau jumpa kotak ubat dah kosong lagi best,sebab apa? Nak kumpul kertas yang ada tulis contraindication,precaution apa semua tu..bonus tambahan untuk dibaca.


Secara jujurnya uolls....saya memang tak berminat tau dengan course yang saya ambik ni ..alaa tu awal awal sem la sebelum mendalami ilmu nursing ni..tapi bila saya kaji ilmu nursing ni jatuh hati pulak dalam dunia nursing huhuhu ..dan masa praktikal rasa happy ja sebab apa? Sebab dapat bantu org yang sakit, niat mestilah ikhlas itu yang penting.


Okay semua saya harap dengan pengalaman saya semasa sem 1 yang saya kongsi ini dapat memberi semangat kepada adik adik,akak,abang dan semuanya untuk menceburi dunia jururawat.
Doakan saya berjaya menjadi seorang akak misi yang berjaya ye gais *amboi*.Good luck kepada adik adik yang bakal menempuhi alam pembelajaran yang baru.







4 comments:

  1. Bakal nurse saya la nanti ni, hihihi. Teruskan khidmat mulia ni ye, semoga maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe InsyaAllah..amin! tq sis hehehe :D

      Delete