Friday, 15 April 2016

Aek Aus Kuching

Aek Aus Kuching 

Assalamualaikum,Hai! Ada berita baik untuk org2 Kuching,pencinta kopi takpun yang tengah makan angin kat Kuching ni. 

Hari tu cerita pasal Aek Kupi,hari ni plak nak cerita pasal Aek Aus!  orang2 Kuching nang kreatif~ Aek Aus? Aek dlm bahasa sarawak bermaksud Air manakala Aus bermaksud dahaga.  

Apa yang bestnya Aek Aus ni? Selain namanya yang unik & botol ala2  hipsturr, Aek Aus ni dibuat menggunakan konsep "Cold Brew" & x menggunakan serbuk "Instant".ni la yang membuatkan Aek Aus ni jadi special & lain daripada yang lain . Haa yang nak cuba dan merasa sendiri rasa kopi tempatan yang berkualiti boleh la beli k? 




Yang ni adalah perisa kopi & kopi susu.RM 5 *sejuk* beli kat booth outlet kat Kampung Tupong,Jalan Merdeka.



Harga:
Sejuk RM 5- RM6
Panas RM2 -RM3



bagi yg nak membeli scara drive thru (Panas & Sejuk):

Tempat: Berdepan Plaza Astana
Masa: 6.30 pagi- 9.00 pagi


[ O U T L E T ]
-------------------

[ Twentyfour Store ]
G17, Ground Floor,Plaza Astana, Kuching ( Bangunan Mara )
HP : 016 882 7884 ( Pn. Siti )
Masa : 10 pagi - 7.00 malam [ TOKO Daging ]
Lorong Mawar 2, Gita, Kuching.
HP : 012 853 6136 ( Awet )
Masa : 7.30 malam - 11.00 malam [ Freeway Design ]
Wisma Sugarbun, Jalan Satok. ( Sebelah Tupperware )
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

[ BOOTH O U T L E T ]
------------------------------

[ KAMPUNG TUPONG, JALAN MERDEKA ]
HP : 010 968 4877 ( Tobeb ) [ BANDAR BARU SEMARIANG]
HP : 010 968 4877 ( Tobeb )

Okay,dah tau kan kat mana nak dapatkan Aek Aus ni? jom coba! belum cuba belum tau ;) Selamat mencuba! :D

Tuesday, 12 April 2016

Aek Kupi Kuching

Aek Kupi Kuching


Assalamualaikum,Hai orang2 Kuching & pencinta air kopi! anda  masih tercari2 air kopi yang sedap dan berbaloi? sejuk? Dengan cuaca yang panas skrang ni syok sangat kalau layan air kopi sejuk2.Ok nak cerita sikit pasal kedai Aek Kupi yang dibuka berdekatan masjid at-Taqwa,Gita. 

Aek Kupi? yup,Aek dalam bahasa Sarawak bermaksud Air manakala Kupi plak bermaksud Kopi. Aek Kupi ni kira famous la sekarang ni kat Kuching.Sedap,berbaloi dan cup yang ala2 hipsturrr gitu! 



Tempat: Berdekatan Masjid at-Taqwa,Gita
Hari operasi: Sabtu-Khamis (Jumaat tutup)
Masa: 2ptg-6ptg

Menu:
-Green Tea
-Mocha
-Vanilla Latte
-Strawberry
-Hot Chocolate
-Latte
-Chocoberry
-Chocolate
-Arabica





Haa ni saya minum Mocha, siap tulis nama lg haha.Ada banyak lagi such as Chocolate,Strawberry and more lah.Satu cup Rm6.00 besar dan boleh share untuk 2 org, but for me tak cukup! Seriously nang nyaman!





Okay so dah tau kan kat mana nak dapatkan Aek Kupi ni.Saya highly recommend Aek Kupi ni untuk korang yang nak melepaskan dahaga time panas2 camni.Selamat mencuba kay :)




nak tau lebih lanjut?
Instagram: aekkupi
Facebook: Aek Kupi Kuching
Ws/Text/Call : 0178854410




Friday, 1 April 2016

Resepi Aiskrim Malaysia.Choki2/Oreo/Sumi






Aiskrim Choki2



Bahan2:
-1 tin susu cair
-1 tin susu pekat
-4 tin air
-4 bungkus choki2
-Setengah sudu garam
-2 Sudu gula


Cara-cara:
  1. Masukkan 1 tin susu cair,1 tin susu pekat,4 tin air,setengah sudu garam dan gula ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih,sejukkan.
  2. .Masukkan choki2 ke dalam plastik aiskrim dan picit2 supaya choki2 tu nampak.Masukkan campuran yang disejukkan tdi ke dalam plastik.
  3. Ikat dan letakkan dalam peti sejuk bahagian beku.





Aiskrim Oreo


Bahan2:
-1 tin susu cair
-1 tin susu pekat
-4 tin air
-1 bungkus oreo
-Setengah sudu garam
-2 sudu gula


Cara-cara:
  1. Masukkan 1 tin susu cair,1 tin susu pekat,4 tin air,setengah sudu garam dan gula ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih,sejukkan.
  2. Pecah2 kan oreo
  3. Masukkan oreo yang dipecahkan tadi ke dalam plastik aiskrim & masukkan campuran yang disejukkan tdi.
  4. Ikat dan letakkan ke dalam peti sejuk di bahagian beku



Aiskrim Sumi/Jelly



Bahan2:
-1 tin susu cair
-1 tin susu pekat
-4 tin air
-4 paket sumi
-Setengah sudu garam
-2 sudu gula


Cara-cara:
  1. Masukkan 1 tin susu cair,1 tin susu pekat,4 tin air,setengah sudu garam dan gula ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih.Setelah mendidih,sejukkan.
  2. Potong sumi *saya belah dua*.
  3. Masukkan sumi yang dibelah tadi ke dalam plastik aiskrim dan letakkan campuran yang disejukkan tdi.
  4. Ikat dan letakkan ke dalam peti sejuk di bahagian beku