Monday, 28 August 2017

Menang contest dari Pizza Hut Malaysia

Menang contest dari Pizza Hut Malaysia




Hai semua! ingat lagi tak entry saya pasal join contest by Pizza Hut Malaysia? yang 'Colouring Box Contest by Pizza Hut' tu...Alhamdulillah rezeki menyebelahi saya,finally menang gak contest tu walaupun colouring hamba tu tak seberapa nak cantik... hehehehe happy nye! yelaa first time la katakan..menang contest dri pizza hut ni...Diorang pilih 10 pemenang, kalau tak silap 5 org dri Facebook 5 org lagi tu dari Instagram..sbab kita kira tau hohoo ter rajin tanpa sengaja..ala nak tau la gak sapa kawan kawan yang menang tu kan selain saya hehe...If you guys ever wondering bila contest ni dibuat...boleh la tengok entry saya yang ni... Colouring Box Contest by Pizza Hut Malaysia


Tadaa! surat dari pizza hut dah datang hehehe diaorang post tau..ingatkan yang main hantar letak dalam peti surat je..hairan la gak pagi hari tu ada posmen hantar barang..ingatkan ada beli barang online..rupanya bungkusan tu dari pizza hut...cepat je surat sampai i likeee.. hehehe 


jeng jeng jeng..ni la surat untuk redeem hadiah tu nanti...yela kena bawa bukti kan kan kan... boleh bawa ke outlet pizza hut di seluruh Malaysia kecuali pizza hut klcc dan pizza hut wangsa maju..reason pulak tak tau kenapa kat situ takleh..yang penting pizza hut di Kuching ni semua dapat terima hahaha...voucher ni valid untuk 1 kali tuntutan sahaja..takleh lebih2 hoho..pastu,valid sampai 31 oktober 2017..khas untuk dine in only tak boleh take away or delivery...lastly...not valid dengan promotion offer,discounts ataupun coupons...for your info..hadiah merupakan set jimat meal for 4 person (RM65)..syiok tak? 


Okay thats all for today y'all! next entry mungkin pasal redeem gift dri contest ni hehehehe..nak jadikan buat kenangan lah ye hoho...btw thank you to my sis yang bersemangat waja ajak saya masuk contest ni wakaka walaupun yang kakak punya tak menang hoho...andd semestinya.... thank you so muchh Pizza Hut Malaysia sebab buat contest yang fun dan menarik ni :D okay semua jumpa lagi next entry <3






Saturday, 26 August 2017

Putihkan tangan dengan Vaseline dan Safi

Putihkan tangan dengan Vaseline dan Safi

Hello peeps! okay hari ni nak buat entry pasal..putihkan tangan dengan lotion Vaselin dan Safi..Rimasnya tangan gelap ni..lagi lagi kalau pakai baju putih,tangan pun terserlahlah hitam manisnye..eh manis ke? hohoho...So, baru baru ni ada nampak yang viral kat fb dulu tu..guna lotion Vaseline dan krim kecantikan Safi yang hijau,untuk cerahkan warna kulit tangan..saya baca comments plak,ramai cakap berkesan..Jadi saya ni tertarik la pulak nak cuba.

For your info, saya dapat tips ni dari group yang ada kat Facebook ,nama group tu Sembang produk kecantikan & kesihatan (MALAYSIA).Dalam group ni macam macam info pasal kecantikan yang ahli group kongsi...seperti masalah muka,masalah bau badan..masalah rambut dan sebagainya lah....selain tu kalau korang yang menghadapi masalah kulit dan buntu tak tau nak pakai apa lagi..boleh la share share masalah anda kat group tu..best tau boleh share share ilmu kecantikan dalam tu..kita yang jenis baca je ni pon turut dapat faedah hohoho...kalau nak join boleh klik sini...Okay back to cerita tadi...selain tangan ada gak yang guna kat muka dan berkesan..tapi saya tak berani nak cuba kat muka dulu memandangkan muka saya ni jenis sensitive..so saya cuba ja kat tangan..



Inilah barang barang ni la yang viral tu,yang dikatakan boleh memutihkan tangan..lotion tu sebenarnya boleh je pakai selain daripada jenis yang ni (healthy white)..memandangkan saya ni nak cerahkan tangan jadi..saya sendiri pilih jenis ni,healthy white uv lightening....Selain daripada yang ni,ada jgak orang buat guna lotion nivea...dan masih juga digandingkan dengan safi hijau tu...yang lain daripada tu tak jumpa lagi hehe...



Tadaa..ni hasilnya..korang nilai sendiri la ye..tapi bagi saya memang berkesan..cara saya guna ni,,saya letak dulu krim safi tu lepastu saya lapiskan dengan lotion vaseline tu tadi...dan saya guna lepas mandi dan sebelum tidur..kena rajinkan diri la..sebab bagi saya banyak gile kerja ni...kena lapis lapis bagai masa nak tidur tu tangan rasa disalut lilin pulak hahaha....kalau diikutkan hati malassssnyaaaa!!! tapi saya buat ja tak skip langsung..result baru nampak lepas dua minggu...


Okay gaiss..saya harap dengan entry saya kali ni dapat membantu you gais yang mempunyai masalah tangan gelap..ataupun warna tangan tak sekata dengan warna muka *muka putih tangan hitam*,boleh la ye cuba lotion vaseline campur krim kecantikan safi hijau....mungkin ada korang dah try kat muka then nampak kesan baik..dah cuba jangan malu jangan segan comment2 lah ye!...okay see u next entry tata...






Friday, 18 August 2017

Beli Barang di Lazada : Electronic Blood Pressure Monitor

Beli Barang di Lazada : Electronic Blood Pressure Monitor.

Hai readers!.Salam jumaat untuk anda semua yang membaca…okay gaiss enty kali ni nak cerita sikit pasal pembelian kat Lazada..dua tiga hari yang lepas,saya tercari cari electronic blood pressure monitor..pegi terjah kat farmasi yang berdekatan,harga agak mahal..jadi saya terfikir nak cari benda ni kat Lazada online...Finally! jumpa juga dengan harga yang jauh lebih murah dari farmasi yang saya terjah hari tu..review pun semuanya baik baik belaka..jadi saya pun belilaa.…

Electronic blood pressure monitor - Arm type.Harga RM59.90..tersangatlah murah jika dibandingkan dengan harga yang dijual di farmasi RM120+.Harga tak termasuk postage ye..kos penghantaran ke Sarawak RM5.30 so,total adalah RM65.20..Kata orang,barang murah tak semestinya tak bagus dan takda kualiti kan..benda ni untuk check kita punya tekanan darah dalam badan..alaa yang nurse dan doctor guna kat hospital atau klinik tu..ada jenis manual tpi ni electronic..mudah digunakan dan bacaan segera…kita kena la alert dengan kesihatan tubuh badan kita ni kan huhu..




Tadaaa…datang dengan kotak,barang dalam kotak semua okay dan tak rosak..so far so good..kotak tak pecah..dan penghantaran yang cepat..dalam 3 hari….Apa yang bestnya bnda ni..walaupun pakai bateri,tapi boleh charge guna usb.dia ada bagi dalam kotak tu sekali..ada clock display,high accuracy,boleh save bacaan sebelumnya,dan bacaan yang tepat.Oh ye lupa..ada bagi free thermometer..nanti boleh la pakai untuk check suhu masa demam..check bila bila pon boleh..




Kat kotak ada tunjuk main specifications pasal electronic blood pressure monitor ni dan cara untuk guna,dan klasifikasi yang betul dari The World Health Organization (WHO) dan The International Association of blood pressure (ISH)…Klasifikasi seperti yang ditunjukkan dalam gambar kedua..kat bawah cara untuk guna tu..klasifikasi dari normal ke tak normal (darah tinggi yang serius),untuk dijadikan rujukan masa check tekanan darah tu..



ni barang-barang yang terdapat dalam kotak.Ada body monitor ,Armband,charger,instruction manual,catalog dan surat “14 Days Returns and refunds policy”.Thermometer tu plak dia bagi free..Semuaa ni dalam kotak yang comel tu.Barang disusun dengan kemas dan teratur di dalam kotak,dan tersedia buku comel tu,intruction manual,semua dia jelaskan dari A sampai Z dalam buku kecik yang cute tu.


So far,saya rasa puas hati dengan pembelian dari Lazada kali ini.Murah dan berpatutan…Penghantaran yang cepat..saya bagi 5 bintang! hehehe...

Okay...saya rasa ni ja yang saya nak kongsi hari ni..bagi siapa yang nak beli tu...untuk kegunaan sendiri dan keluarga..terutamanya yang ada masalah darah tinggi tu..beli ni untuk check hari hari... akak akak nurse..student nurse mesti ada jgak yang mencari ni untuk kegunaan semasa praktikal dan kerja kan..yang nak harga berpatutan dan kualiti yang bagus...Yang ni memang well recommended sangat sangat untuk anda..Dan saya harap entry saya ni membantu anda yang tengah celaru mencari electronic blood pressure yang murah dan berpatutan serta kualitinya yang da boom hehe..okay jumpa lagi next entry Daaaaa.. :D

Wednesday, 16 August 2017

Cara Mudah Nak Buat Blogwalking 2017

Cara Mudah Nak Buat Blogwalking 2017

Haii semua..hari ni nak bercerita pasal blogwalking...blogwalking merupakan cara yang senang untuk kita memperkenalkan blog kita..selain itu kita juga dapat menambah kenalan melalui kaedah ini...
pernah tak korang menghadapi masalah masa nak buat blogwalking…Tak tahu sama ada blog yang kita visit tu active ke tak dan sebagainya? Yang tu satu hal..satu lagi bila line lembab..nak buka blog org tu loading lamaa sebab banyak gadjet yang diorang letak tambah lagu lagi dan sebagainya..okay jangan risau..saya akan tunjuk tips mudah saya nak buat blogwalking.

Kalau nak buat blogwalking mestila kita nak cari blogger yang active ye dok? Jadi..camne nak cari blogger yang active ni? Okay senang je..jawapannya adalah..pgi terjah kat mana mana blogger yang buat contest dan giveaway smua tu..yang sentiasa update “senarai peserta giveaway”.Sebab..yang join giveaway tu mestila blogger yang aktif..mesti diorang menanti giveaway tersebut tamat dan masa untuk umum pemenang...kalau nak search "senarai pemenang giveaway" pon boleh tapi saya lebih recommend korang guna senarai peserta..sebab peserta lebih banyak dari pemenang...ikut suka korang la nak yang mana huhu



Okay...taip dulu kat search..senarai peserta giveaway..letak tahun ni..jangan 2015 plak ye huhu..lepas tu step no 1..tekan tool dulu..maka ianya akan keluar seperti no 2 tu..tekan yang terkini..jangan tekan past year plak ye..tu dah lama..kita nak yang baru..sebab mungkin yang lama tu tuan blog dah tak main blogger lagi huhuhu...



Lepas dah dapat nama peserta tu..mesti korang akan dapat nama blogger2 yang join contest tu..contohnya senarai list tu keluar macam ni tanpa back link.. “http://bukupinky.blogspot.my/2017/07/giveaway-selipar-jepun.html”

Then..korang copy je yang kat tengah tu “bukupinky.blogspot.my” dan paste kat google maka keluarlah blog peserta tu tadi..Tapi tu untuk yang rajin nak search satu satu..cmne plak kalau jenis yang kurang rajin *malas la tu haha* macam saya ni..

Kalau nak lagi senang…copy semua nama blog peserta tu and then paste kat note pad.






Step seterusnya..buka facebook...copy dan send ke chat kawan ke, family, ataupun second account fb korang..yang mana ada account fb banyak tu...lepas send kat chat tu..dia jadi mcm ni..jadi link yang click ja terus dpt open blog peserta dri giveaway tu..yang tak padam "/2017/07/giveaway- blablabla....html" tu takpa..nanti bila tekan link tu,kemungkinan besar ada yang delete post..tapi takpa..lepas tekan link tu...link tu masih jgak akan bawa korang ke blog peserta2 tdi walapun post tak wujud lagi..faham tak ni? harap faham la...maaf ye i'm really bad at explaining haaha...takpe..nanti ada apa apa pertanyaan do comment ye :)




Jadi camni la kalau post tak wujud lagi..dah kena delete user blogger tu,,tapi still jugak akan membawa korang ke blog org tu...last step..tekan home untuk view post blog yang tuan blog update..tekan jer cover blog..lepastu,mulakan blogwalking anda heheheh 


Okay..saya rasa sampai sini ja tips blogwalking dari saya yang dapat saya kongsikan kepada anda semua..saya harap dengan entry saya ni memudahkan korang semua untuk memperkenalkan blog korang dan menambah kenalan sesama blogger cewah..Okay gaiss...selamat ber blogwalking! Tataa..


Tuesday, 15 August 2017

Kitsui Whitenin B.B Drink Super Hydrolyzed Vit C Review

Kitsui Whitenin B.B Drink Super Hydrolyzed Vit C Review


Assalamualaikum, Hello readers! okay the first thing is..saya bukan orang orang suruhan kitsui,bukan dipaksa untuk membuat review..bukan orang orang kitsui *pon boleh* dan seumpama dengannya..saya saja je nak share review untuk produk ni yang saya first time guna....saya kalau guna produk produk ni..apa apa je la skincare ke dan seumpamanya..saya terlebih dahulu membuat kajian di internet..yela kan..takkan nak redah je kang tak pasal-pasal tak okay..walaupun saya ni jenis yang try and error..selalu sangat..mungkin saya yang tak sesuai dengan sesetengah produk yang saya cuba...Okay,let's start!

pernah dengar tak supplement kecantikan bernama Kitsui? okay bagi yang first time dengar tu sebenarnya produk ni memang dah lama..ada yang pakai since 2012 lagi..Kitsui ada banyak jenis..ada untuk detox,whitening booster,buang lemak dan sebagainya...disebabkan tajuk entry saya ni Kitsui Whitenin B.B Drink, jadi saya nak fokus ke jenis ni je...yang lain tu ,kalau rajin singgah lerr ke diaorang punya official fb.Kitsui My....Selain review pengguna-pengguna di fb yang positif-positif belaka,dan pencapaiannya yang menjadi "most wanted" oleh watsons,Kitsui juga pernah memenangi Super Health Brand Asia 2016/2017..Oh ya! Kitsui ni hanya boleh didapati di Watsons atau Guardian je ye...Harga...okay..masa saya beli ni tengah promosi member card watson..saya beli RM38.80





Sebenarnya saya nak cuba yang Kitsui Pimple Away punya..tapi malangnya stock ni susah nak jumpa.sama ada laku keras or memang takda tu saya tak tau lah ye...Since muka saya lebih ke bekas jerawat dan pori besar...dan tak sngat jerawat..*ada la jerawat tapi satu dua je*...Jadi saya bercadang untuk mencuba Kitsui Whitenin B.B,yang salah satu fungsi yang saya cari ada dalam ciri ciri kitsui whitenin b.b ni...that focus more to pores,scars and whitening.Whitening tu bukan saya nak putih sangat..just nak sekatakan warna kulit..lagipun set yang ni ja ada ciri-ciri yang saya cari..iaitu fokus kepada pori-pori besar dan scars jerawat...

Fungsi Kitsui Whitenin B.B
-Untuk mengurangkan masalah kulit berminyak
-Untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan terhadap seafood
-Mencerahkan muka dan badan
-Menghilangkan kesan parut




Ini maklumat pemakanan dan bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan supplement ini...Cara nak minum pun senang je...nak minum bila? ikut suka korang nak minum pagi selepas bangun tidur atau malam sebelum bangun tidur..kalau saya,saya pilih sebelum tidur minum tu..sebab kita kan nak tidur..jadi kulit pun turut sama rehat,bolehla kitsui ni buat kerja dia...minum masa perut kosong are well recommended!



Inilah rupa sachets yang ada dalam kotak ni.Satu kotak ada 15 sachets x 10 grams.1 kotak tahan dalam masa 3 minggu...




Tadaaa..ini lah rupanya bila dibancuh..saya guna shaker je lgi senang..shake shake then minum..mudah bukan? dah buat tu terus minum tau..Rasa apa? okay..rasanya sedap..rasa orange..rasa yang vitamin c yang selalu ada dijual kat farmasi tu yang kita letak dalam air lpastu buih buih tu..selalu makan masa kecik dulu sedap rasanya..sekarang dah besar ko lupa ye? hahahah apa ek nama lupa dah..maafkan saya..


Okay gaiss..rasanya tu je yang saya nak sampaikan pada entry saya kali ini..terima kasih kerana sudi membaca..saya harap Kitsui Whitenin B.B drink ni berkesan dengan saya...Jumpa lagi next entry..Tataaa



Monday, 14 August 2017

Menjadi Volunteer Kuching Marathon 2017

Menjadi Volunteer Kuching Marathon 2017


Assalamualaikum,hai semua..Sabtu lepas, adalah hari untuk Kuching Marathon 2017..wah wah bestnye kan..saya join tapi bukan join lari join jadi volunteer ja hahaha takpelah..tak larat nak lari jauh jauh dengan kepenatan minggu praktikal yang mencabar akal dan minda serta fizikal ni...saya dan kawan kawan seperjuangan dihantar dan menjadi sukarelawan daripada UITM Samarahan,Sarawak..Selain kami,ada sukarelawan dari Politeknik dan banyak lagi.




Ni lah infographic untuk larian tersebut. 42.195KM Full Marathon okay..MasyaAllah jauhnyeee!!!!! naik tangga ke tingkat 8 ja dah tercungap cungap bernafas apatah lagi nak join yang ni memang tak la huhuhu.Dalam infographic di atas ada dinyatakan food station,sponge,medical post..Yang water station tu kami la yang handle.




Baju T juga disediakan untuk dipakai pada hari tersebut..ada wana neon green dan neon pink.Nak sangat neon pink...apakan daya,limited gitu jadi jawapannya tak dapat..oh ya..Kuching Marathon 2017 ni start tengah malam..ada sebab baju ni warna lit dan terang gitu supaya mudah kami yang ditempatkan di tepi jalan untuk nampak pada malam hari.




Gambar di atas merupakan gambar di setiap station..jarak 1 km...Ni la kerja untuk volunteer..tukang agih air kat orang yang join marathon tu sampai tamat marathon...air Revive dan Moma mineral water disediakan di dalam kotak dalam kuantiti yang banyak untuk diberi kepada peserta Kuching Marathon ini..jangan ingat tuang air cmtu je eh..kena ada cara dan teknik dia tersendiri..sebab..yang ambil air tu nanti org yang join marathon tu..so,kita tak boleh expect yang diorang yang berlari tu boleh ambik air tu dengan slow slow dan sopan santun..tidak ye uoolllss! sebab apa saya cakap cemtu? sebab dalam masa diaorang yang join marathon tu lari..diorang takda nak berhenti dan grab air tu..diorang sambil berlari sambil tu la ambik air tu dengan cepat..Jadi,tips nya di sini adalah...jangan susun cup tu rapat rapat..susun jauh jauh..bagi ruang dan jarak yang mencukupi... kang tak pasal pasal pelari tu sapu smua cup atas meja tu hanya mampu berhuhu je nanti ye..




Ni cup yang disediakan untuk diletakkan air isotonik (Revive).Cup dikeluarkan selagi masih ada peserta yang berlari..kalau takda peserta yang lari lagi dan escort yang mengiringi pelari memberi kata putus bahawa takda pelari lagi..maka berhentilah kami daripada membazir mengeluarkan cup lagi...pelari mula datang di station kami pada pukul 2 pagi..masa tu ngantuk gile la!..tengah duduk termenung..dari jauh nampak siren tukang escort mula la mengelabah...diorang yang berlari aku plak yang rasa berdebar wakaka!



Selain air isotonik Revive,kitaorang serve air mineral Moma juga...Ada pelari yang rajin siap berhenti tanya yang dalam cup tu air apa..gigih nau.Siap-siap sedia dalam cup banyak banyak..sebab ramai runner yang akan datang melimpasi water station kami yang comel ni..haha


Pelari terakhir melimpasi station kami pada pukul 4 pagi cmtu la..masa tu smua mata rabak nak tido..dengan nyamuk bagai..huhuhu nasiblah.Selesai kemas kemas dan membersih kawasan station kami..bas pun datang ambil kami dan menghantar kitaorang kat tempat bermulanya marathon tu tadi untuk penutupan Kuching Marathon 2017.Maaf..takda gambar untuk part ni sebab dah hilang fokus sebab ngantuk sangat..Cun pukul 9 pagi.kitaorang balik.

menjadi volunteer Kuching Marathon 2017 merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan..cewah macam karangan subjek bahasa Melayu pulak dah..Eh betol la..walaupun mengantuk seharian dan gatal gatal digigit nyamuk..tetapi dapat pengalaman baru..sebelum ni tak pernah lagi join yang mcm ni..saya harap next Kuching Marathon 2018,InsyaAlllah join lagi tapi sebagai pelari eceh apa apa pun boleh huhuhu! Jumpa lagi next entry.bye